Sunday, March 27, 2011

Cara pembayaran fidyah

Pembaca yang dirindui...........

Satu hari aku terbaca artikel tentang cara penggantian puasa bagi mereka yang melewat-lewatkan puasa Ramadhan............ Sebenarnya ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah tentang perkara ini...........Sedangkan menggantikan puasa yang ditinggalkan adalah termasuk dalam puasa wajib yang perlu diganti......jalan mudah bagi mereka bayar fidyah.........

Sebenarnya golongan ini tidak mengetahui dengan tepat jumlah secupak yang perlu mereka bayar bagi menggantikan puasa yang mereka terlewat menggantikannya.............Sama-samalah kita renungkan bersama agar ia menjadi peringatan untuk kita semua.............


Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.

Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM.............

Fidyah Tanpa Gandaan

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.

Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)



Fidyah Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :

  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.

  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.

Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)


Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa



SeLaMaT bErAmAl !!!!!!








No comments:

Post a Comment

Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...