Wednesday, November 30, 2011

Aku Penasaran................

Pembaca yang dirindui.............

Rasanya dah terlalu lama aku tak menjenguk sipelangi ni.....entahlah ketiadaan idea atau ketiadaan masa...........akupun tak tahu...

Aku nak share satu story ngan u alls....
Kat sekolah aku sekarang satu wabak melanda guru-guru perempuan....virusnya terlalu kuat hingga tak mampu untuk aku sendiri n kawan2 melawanyanya...........
Siang malam asyik teringat je......macam jatuh cinta pandang pertama..........tak mampu untuk menghakis dari fikiran...........sentiasa segar dalam ingatan........aku penasaran.........siang malam asyik terbayang.....

figurenya terlalu menarik.........aku gagal dalam memadam dalam kotak ingatan........
Dia hidup dalam fikiranku...............apa yang perlu aku buat ??????? Aku tak ingin terus hanyut dalam kegilaan ini..........aku mesti kuat...

Ya Allah.......jauhkanlah aku dari kegilaan ini....cuba u alls lihat .....cantikkan .......FAREEDA NYATA JELITA.....itulah kegilaan kami semua......

Saturday, April 9, 2011

UPTOWN KLATE



Pembaca yang dirindui...............


Pernah pergi Kelantan ? Kalau dulu macam-macam citer tentang kelantan....gangsterlah, kemiskinanlah dan macam lagi...........tapi aku bukan nak cerita tentang benda-benda yang
negetif tentang kelantan..............tapi nak citer tentang apa yang ade kat kelantan sekarang.......




Setiap malam bermula jam 8 dikawasan wakaf che yeh agak sibuk ngan orang-orang yang datang untuk shopping.....boleh dikatakan agak jemlah jugak (dinasihatkan bawa-bawalah roti heheheh) kadang-kadang naik boring jugak aku dibuatnya...tapi kalau tak pergi nanti tak dapat shopping barang murah.....





u all tahu tak kat sana macam-macam ade (pinjam trademark astro) tapi kenalah pandai memilih n tawar menawar......kalau tak cekap dinasihatkan bawalah pakar bersama (saya pakar, tapi dalam bab membeli je huhuhuhu) Bila pegi sana rasa cam nak angkut semua.....tapi fikir2 cam mane nak bawak balik n cam mane nak bayar fikir 10x jugaklah....last2 cam biasa beli tudung n makanan......kadang2 tak ta
hu nak beli apepun saje je nak menyesakkan lagi keadaan.....barulah nampak meriah....




Dipendekkan citer kalau u all nak pergi pastikan list dulu barang yang nak dibeli....t
akut over bajet nanti sape yang susah ????? u all jugak.....Nasihat dari pakar membeli belah "BELILAH YANG PENTING DARI YANG SEPENTING PENTING BARANG" sure u all tak ralat.....nak beli lain tapi terbeli lain......selain itu jangan ikut nafsu.....haru huhuhuhuhuhu..... bawak duit jangan terlalu banyak (hehehehehehehe), itulah serba sedikit tip yang agak berguna untuk kita sama2 amalkan......chauuuuuuu

Jangan lupa klik lagi.......


Sannah Helwah Ya Bunayya

Pembaca yang dirindui...........


Nak share satu story tentang besday anak yang ke dua.
Kadang-kadang susah nak
explain dengan my boy ni tentang sambutan besday ni. Bagi dia nak sambut besday tu, tak kira berapa haribulan atau bulan janji sambut. Dari tahun lepas lagi selepas besday abang dia, asyik minta dibelikan kek saje katanya nak sambut besday dia... Sedangkan besday dia pada tiap 27/3/2003. Kekadang tersirap jugaklah darah sebab asyik dok ulang besaday dia tak de kek....dia lupa sebelum besday abangnya, besday dia dulu.


So this year dia nak kek ada gambar sasuke, tapi tuan kedai cakap tak de so tukar jadi sponge bob oklah itupun one of his favourite.... SANAH HELWAH YA BUNAYYA !!!!!


Friday, April 8, 2011

Amalan Sunat memotong Kuku...........



PoToNg Kuku CaRa IsLam..(Sunnah)


Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)

Dari Anas bin Malik bermaksud:

Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.

(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.

(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.

(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu membuang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

Mulakan mengerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mengerat dimulai jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Selamat Beramal!!!





Sunday, March 27, 2011

Cara pembayaran fidyah

Pembaca yang dirindui...........

Satu hari aku terbaca artikel tentang cara penggantian puasa bagi mereka yang melewat-lewatkan puasa Ramadhan............ Sebenarnya ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah tentang perkara ini...........Sedangkan menggantikan puasa yang ditinggalkan adalah termasuk dalam puasa wajib yang perlu diganti......jalan mudah bagi mereka bayar fidyah.........

Sebenarnya golongan ini tidak mengetahui dengan tepat jumlah secupak yang perlu mereka bayar bagi menggantikan puasa yang mereka terlewat menggantikannya.............Sama-samalah kita renungkan bersama agar ia menjadi peringatan untuk kita semua.............


Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.

Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM.............

Fidyah Tanpa Gandaan

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.

Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)



Fidyah Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :

  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.

  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.

Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)


Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa



SeLaMaT bErAmAl !!!!!!








AIR LIUR BASI NAJIS ATAU TIDAK...


pEmbaca YaNg diRiNdUi.............

Lama tidak berkongsi ilmu dengan anda semua,
ari ni aku nak bercakap tentang sesuatu yang
biasa bagi kita.....kadang2 kita tak tahu...............

Rasenya bila sebut air liur basi sudah terbayang di minda kita gambaran peta2 yang tercatat indah di bantal2 .

sebagaimana yang kita ketahui air liur basi adalah sejenis air yang keluar dari mulut manusia ketika sedang tidur, air liur basi adalah air yang keluar daripada perut manusia, kadang-kadang air tersebut berwarna kuning cair dan ada yang berwarna putih jernih. Air liur basi lazimnya berbau dan berpeta apabila ia sudah kering.

Imam Syafie berpendapat bahawa air liur basi adalah air yang keluar secara langsung dari perut manusia dan air tersebut adalah najis. Bagi sesiapa yang keluar air liur basi hendaklah ia membasuhnya sehingga bersih seperti membersih najis mutawassitah.

Berbeza dengan air liur biasa, kerana air liur biasa bukan datang dari perut manusia dan lazimnya air liur biasa ini berwarna putih. Tidak perlu membasuh air liur tersebut jika ia terkena kepada pakaian. Tidak terbatal wuduk atau solat orang yang mempunyai air liur biasa.

Wallahua'lam......



DEBARAN SUDAH BERAKHIR........

Pembaca yang dirindui...........

akhirnya result SPM sudah berada ditangan
aku.....tapi aku tidaklah mengharapkan sesuatu
yang miracle untuk 5 Mawar.....cukuplah sekadar
mereka lulus.....Tapi yelah kita hanya mampu
berharap n berdoa.....penentuannya terletak
di tangan yang Esa.......

Tapi aku cukup berbangga dengan beberapa orang pelajar aku yang mendapat keputusan yang agak baik ........walaupun tidak cemerlang mereka lulus kebanyakkan subjek yang di ambil oleh mereka.....Yang paling aku tak expect untuk subjek aku pendidikan Islam ada 3 orang yang dapat C......ini sesuatu yang diluar jangkaan aku......mahunya aku tak terkejut kalau sebelum ni asyik G saja.....dari form 4 hingga form 5 tak pernah lulus alih2 dapat C dalam SPM......

Yang gagalpun agak ramai 5 mawar......tapi yang gagal tu boleh dikatakan yang terlebih2 vitamin M (malas) n terlebih ajaran (kurang ajar)...........Allah itu maha Adil.....bukanlah aku gembira dengan nasib mereka tapi itulah pengajaran yang perlu mereka renung dan jadikan sebagai panduan......

5 dahlia pula alhamdulillah boleh dikatakan aku berpuashati dengan pencapaian mereka..... salah sorang dari pelajar harapan aku dapat A-............yang lain2 tu ada B n Ct....syukur alhamdulillah.....tak sia2 usaha aku bersama2 mereka sampai jam 5 petang............untuk sebuah kepuasan tak salah kita berkorban masa untuk anak2 didik kita.....walaupun aku tidak pernah memaksa mereka untuk hadir ke kelas bimbingan yang aku anjurkan....mereka dengan senang hati mengikuti kelas tersebut tanpa merungut........tapi itulah janji Allah "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"..........
setiap yang gembira ada yang sedihnye...........4 orang gagal.....tapi rasanya itulah yang mereka inginkan....... tidak pernah peduli dengan pelajaran.....anyway congratulations all of u.........Proud to be ur teacher.....

Nampaknya tahun ni dugaan lagi hebat......5 sains ................wait n see...............




Saturday, March 5, 2011

ME N FRIENDS



Pembaca yang dirindui.............

1.1.2011 satu detik yang agak seronok untuk aku share ngan u all.............. sesebenarnya time tu aku agak sibuklah jugak dengan tugas ku sebagai rakyat yang berhemah............untuk negara tercinta..............

Sedang aku syok melayan kerja aku yang hampir selesai aku dapat call dr kawan lama kononya nak diadakan REUNION..........dengar saje new tu aku rasa excited sangat..............al-maklumlah lama tak jumpa ngan kengkawan semua..........rinduuuuuuuuuuuuuuuu nya dengan kisah2 lama.............

Jeng jeng jeng hari aygn ditunggupun tiba.............dengan penuh debaran aku melangkah catwalk ke tempat reunion............dari jauh yang kunampak hanyalah 2 oarng sahaja kengkawan yang hadir..............apa citer ni?????????????? tak dapat info ke ? atau dia orang dah balik.............

Dengan senyuman yang anggung aku menuju ke tempat tersebut dengan penuh frust.............yalah aku dr KL balik...............alih2 yang menampakkan diri adalah orang yang tak berapa rapat.........spoil je..............

Tapi dah datang buat2 suke.................anyway thanx pada yang datang.....selepas 10 minit adalah dalam 10 orang yang dapat hadir................

Mei kononnya akan diadakan sekali lagi reunion ntahlah makin dekat makin sonyap yoooooooo jadi ke idak ni ???????????????

I'M PROUD BE UR MUM



pEmbaca yang dirindui.................

Kekadang aku cam tak percaya bila melihat my oldest son khatam al-quran............rasa bangga dalam diri kerana dia dapat apa yang dia nak.............(baju warna merah)

Tahun ini tahun yang penting bagi dia..........my son akan hadapi UPSR september nanti............ tak tahulah macam mana nak cerita betapa takutnya aku..............

walaubagaimanapun aku benar2 mengharapkan usaha aku dalam mendidik anak2 didik aku di sini begitu jugalah dengan usaha yang dibuat oleh guru2 anak aku................Insha'allah....

Aiman ni dia suka main sikit...............tu yang membuatkan aku agak risau...............tapi bagi aku walauapapun resultnya nanti aku terima dengan redha.............cuma harapan bagi setiap orang ibu ingin melihat anaknya berjaya dengan cemerlang.........

Pengetua selalu berpesan kita didiklah anak bangsa seikhlas mungkin Insha'allah kita akan mendapat perkara yang sama dari guru2 anak kita...............aku benar2 mengharapkan kata2 pengetua ini menjadi sebuah reality ..............................

"Ya Allah suburkanlah dalam diri anak2 aku semangat belajar dan kefahaman yang mendalam agar kejayaan milik kami semua " amin...............



DEBARANNNNNNNNNNN..........






Pembaca yang dirindui...................

lama aku tak menjenguk laman ini............rindu teramat sangat.............nak dikatakan sibuk tak de sangat...........mungkin aku buat2 sibuk kut............akupun tak tahu kenapa agak sibuk akhir2 ni.............

Sebenarnya aku nak share citer terbaru aku.................apa lagi kalau bukan tentang result SPM yang akan keluar dalam beberapa minggu lagi.......................Tapi result tahun ini aku tidak meletakkan harapan yang tinggi............takut tak tercapai last2 aku yang frust menonggeng.....

Lagipun kelas yang aku ajar tahun lepas kelas yang agak sederhana...........Nak dapat markah luluspun sakit.................nak bermimpi At...........nanti aku yang frust .....just wait n see..........tapi terus teranglah aku dah tak sanggup menanggung debaran ini..........

Anyway aku tetap mendoakan kejayan yang cemerlang buat anak2 didik aku............sehabis tenaga dan daya aku berusahan untuk membantu mereka.........." Ya Allah bantulah anak2
didik aku untuk mencapai impian mereka " amin.







Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...