Saturday, April 9, 2011

UPTOWN KLATE



Pembaca yang dirindui...............


Pernah pergi Kelantan ? Kalau dulu macam-macam citer tentang kelantan....gangsterlah, kemiskinanlah dan macam lagi...........tapi aku bukan nak cerita tentang benda-benda yang
negetif tentang kelantan..............tapi nak citer tentang apa yang ade kat kelantan sekarang.......




Setiap malam bermula jam 8 dikawasan wakaf che yeh agak sibuk ngan orang-orang yang datang untuk shopping.....boleh dikatakan agak jemlah jugak (dinasihatkan bawa-bawalah roti heheheh) kadang-kadang naik boring jugak aku dibuatnya...tapi kalau tak pergi nanti tak dapat shopping barang murah.....





u all tahu tak kat sana macam-macam ade (pinjam trademark astro) tapi kenalah pandai memilih n tawar menawar......kalau tak cekap dinasihatkan bawalah pakar bersama (saya pakar, tapi dalam bab membeli je huhuhuhu) Bila pegi sana rasa cam nak angkut semua.....tapi fikir2 cam mane nak bawak balik n cam mane nak bayar fikir 10x jugaklah....last2 cam biasa beli tudung n makanan......kadang2 tak ta
hu nak beli apepun saje je nak menyesakkan lagi keadaan.....barulah nampak meriah....




Dipendekkan citer kalau u all nak pergi pastikan list dulu barang yang nak dibeli....t
akut over bajet nanti sape yang susah ????? u all jugak.....Nasihat dari pakar membeli belah "BELILAH YANG PENTING DARI YANG SEPENTING PENTING BARANG" sure u all tak ralat.....nak beli lain tapi terbeli lain......selain itu jangan ikut nafsu.....haru huhuhuhuhuhu..... bawak duit jangan terlalu banyak (hehehehehehehe), itulah serba sedikit tip yang agak berguna untuk kita sama2 amalkan......chauuuuuuu

Jangan lupa klik lagi.......


Sannah Helwah Ya Bunayya

Pembaca yang dirindui...........


Nak share satu story tentang besday anak yang ke dua.
Kadang-kadang susah nak
explain dengan my boy ni tentang sambutan besday ni. Bagi dia nak sambut besday tu, tak kira berapa haribulan atau bulan janji sambut. Dari tahun lepas lagi selepas besday abang dia, asyik minta dibelikan kek saje katanya nak sambut besday dia... Sedangkan besday dia pada tiap 27/3/2003. Kekadang tersirap jugaklah darah sebab asyik dok ulang besaday dia tak de kek....dia lupa sebelum besday abangnya, besday dia dulu.


So this year dia nak kek ada gambar sasuke, tapi tuan kedai cakap tak de so tukar jadi sponge bob oklah itupun one of his favourite.... SANAH HELWAH YA BUNAYYA !!!!!


Friday, April 8, 2011

Amalan Sunat memotong Kuku...........



PoToNg Kuku CaRa IsLam..(Sunnah)


Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)

Dari Anas bin Malik bermaksud:

Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.

(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.

(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.

(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu membuang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

Mulakan mengerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mengerat dimulai jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Selamat Beramal!!!





Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...