Showing posts with label My Libur. Show all posts
Showing posts with label My Libur. Show all posts

Tuesday, January 8, 2019

Masih lagi KOREA....

Hi semua........

agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah semasa di korea.  So hari ini agak free.... jom kita nikmati percutian yang penuh dengan moment yang memang tak mampu untuk di lupakan..... KOREA oh KOREA... apa-apapun sis belanja sekeping gambar dulu....

                                                     
       Dari Incheon airport kami dibawa ke hotel untuk menyimpan beg-beg kami semua. Olso Hotel itulah tempat penginapan kami selama berada di Korea.  Dari hotel kami terus bergerak ke destinasi kami yang pertama Insadong.  Di sini sebenarnya kami akan lunch dengan menu korea yang pertama.  Rasa excited almaklumlah dah lama teringin makan makan korea... akhirnya berada di depan mata....

                                                                                               








Alhamdulillah makan yang dihidang menepati citarasa kami.  Sambil melayan kimchi hati masih berbunga-bunga kerana udah sampai ke negara Kdrama.  Hehehe... hebat betul penangan Kdrama sampaikan kami memasang angan-angan untuk sampai ke Korea.... Terasa happy sesangat....

jom jumpa next entry... banyak lagi view-view yang cantik untuk dikongsikan....



Thursday, November 8, 2018

Korea....



wow ke korea kami



Akhirnya my dream come true....

Hampir setahun lamanya me n friend merancang percutian ke negara kelahiran Lee Min Ho, akhirnya tiba saat-saat yang di nantikan.... Jelajah korea kami bermula  2 November 2018. (oh hati sabarlah... )

Alhamdulillah Allah memudahkan perancangan kami.  Tq Pn Zarina kerana memberi peluang kami pulang lebih awal pada hari Jumaat.  Kami semua pulang dengan hati yang penuh bunga-bunga.  Oppa here we come....

Jelajah kami bermula dengan vietnam air dari KLIA menuju ke Hanoi.  Jelajah kami terhenti seketika di Hanoi.  Masing-masing melihat jam oh No apa sudah jadi... sekarang sudah jam 10.30 pm sedangkan kami perlu mengejar flight seterusnya jam 10.45 yang akan membawa kami ke Korea.  Masing-masing sudah berdebar ... oh apa yang kami nak buat ..... masing-masing blur....muka masing-masing pasrah.

Tiba-tiba suara macho kapten kapal membuat announcement yang kami mendarat dengan selamatnya di Hanoi airport pada jam 9.45 mlm waktu tempatan.... oooo ghupa-ghupanya Hanoi masa tempatan lewat satu jam dari Malaysia. Alhamdulillah kami selamat.

muka happy

Kami bergegas turun dari vietnam air untuk berkejar ke flight tansfer sebab masa yang diperuntukkan agak limited.  Berlari-lari anak kami (sebenarnya terlalu excited untuk ke korea).  Akhir kami dipanggil untuk menaiki flight seterusnya yang akan membawa kami ke KOREA.  Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit.

Akhirnya tepat jam 5.30 am waktu tempatan kami semua selamat berada di negara Korea.  Udara yang segar membelai-belai wajah kami seakan-akan menyambut kedatangan kami dengan tangan yang terbuka (cewaah).  Hari ini bermulalah jelajah korea kami...

Bandaraya Seoul
hehehe .... akhirnya jejeka kaki ke korea
apa-apapun gambar itu wajib muka ceria 
cik robot yang menyambut kami








Sunday, February 18, 2018

Lost World Of Tambun here we go....






Pembaca yang dirindui....

Kali ini me n family merancang percutian ke Perak.... Lama tak bawa anak-anak jalan-jalan.  Kali ini destinasi kami ke Lost World Of Tambun... Memang diluar jangkaan... sangat hapening.. semua enjoy...

Ingatkan LWOT ini sekadar wetland... rupa-rupanya banyak yang boleh kita enjoy kat sana... bagi pengemar kucing memang syok... cik bulusnya comel2 je... ada mini zoo....ada pertunjukkan rimau siberian... ada cik badak...macam2 adalah

Dari segi makan pula biasalah tempat macam ni... tapi banyak pilihan... so terpulang kepada selera masing-masing...

Dari pagi sampai le ke petang me n family berada kat sana.  Sampai ke temu lagi.  Tempat yang sesuai untuk percutian family....

Monday, February 12, 2018

Unplanned trip....

Melaka kami datang...

lamanya tak share cuti-cuti Malaysia......Bayou Lagoon Park Resort...lagi seronok apabila penginapan dan makan ditaja.... hehehe Alhamdulillah terima kasih pada BIL Bang Chik &  wife Tinie Deanz coz taja penginapan kami satu family dan makan-makan di umbai.  Jom Share gambar yang tak berapa ada .....


anak buah yang kesejukkan... mak buah sibuk bergambar

Peace Yo....


Monday, January 15, 2018

Rindunya untuk menulis...

Pembaca yang dirindui......

Sudah lama tidak menjengah sipelangipurple ini.... mungkin sibuk.... mungkin kekeringan idea.... mungkin tak tahu apa yang ingin di share...


Zoo Melaka
Akhirnya ke Zoo Melaka kita untuk menikmati cuti-cuti Malaysia kali ini.  Kadang2 kita perlu untuk memperkenalkan anak-anak dengan alam semulajadi yang dipenuhi dengan floral dan fauna.

Rasa Bahagia menjengah apabila anak-anak seronok melihat gambar.

Saturday, April 9, 2011

UPTOWN KLATE



Pembaca yang dirindui...............


Pernah pergi Kelantan ? Kalau dulu macam-macam citer tentang kelantan....gangsterlah, kemiskinanlah dan macam lagi...........tapi aku bukan nak cerita tentang benda-benda yang
negetif tentang kelantan..............tapi nak citer tentang apa yang ade kat kelantan sekarang.......




Setiap malam bermula jam 8 dikawasan wakaf che yeh agak sibuk ngan orang-orang yang datang untuk shopping.....boleh dikatakan agak jemlah jugak (dinasihatkan bawa-bawalah roti heheheh) kadang-kadang naik boring jugak aku dibuatnya...tapi kalau tak pergi nanti tak dapat shopping barang murah.....





u all tahu tak kat sana macam-macam ade (pinjam trademark astro) tapi kenalah pandai memilih n tawar menawar......kalau tak cekap dinasihatkan bawalah pakar bersama (saya pakar, tapi dalam bab membeli je huhuhuhu) Bila pegi sana rasa cam nak angkut semua.....tapi fikir2 cam mane nak bawak balik n cam mane nak bayar fikir 10x jugaklah....last2 cam biasa beli tudung n makanan......kadang2 tak ta
hu nak beli apepun saje je nak menyesakkan lagi keadaan.....barulah nampak meriah....




Dipendekkan citer kalau u all nak pergi pastikan list dulu barang yang nak dibeli....t
akut over bajet nanti sape yang susah ????? u all jugak.....Nasihat dari pakar membeli belah "BELILAH YANG PENTING DARI YANG SEPENTING PENTING BARANG" sure u all tak ralat.....nak beli lain tapi terbeli lain......selain itu jangan ikut nafsu.....haru huhuhuhuhuhu..... bawak duit jangan terlalu banyak (hehehehehehehe), itulah serba sedikit tip yang agak berguna untuk kita sama2 amalkan......chauuuuuuu

Jangan lupa klik lagi.......


Saturday, December 26, 2009

Family Day....................

Pembaca yang disayangi..............


Family sebelah hubby merancang kami konvoi ramai-ramai ke Taiping rumah salah seorang dari ipar aku. Sebenarnya aku n kroni dah lama merancang untuk sama2 berkumpul untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan kami. Setiap family ditugaskan untuk create game untuk kanak2 riang dan dewasa riang hehehe..... So aku fikir punya fikir tak dapat2 jugak last aku minta bantuan Ash, almaklumlah dia banyak organise game kat perdana resot................

Hari Pertama........
Aku n family enjoy dengan keberjayaan apa yang kami rancangkan. Majlis tu selesai hampir2 kul 5, malamnya ade penyampaian hadiah. Macam2 dapat hadiah......Menang atau kalah tak menjadi perkara utama, yang penting kami semua happy..... Semua dapat hadiah, Kami sambung dengan acara menyumbangkan lagu2. Aku tak campur...bukan tak sporting tapi segan... suara aku merdu sikit dari .............(fikirlah sendiri, segan nak sebut... hehehe...) Jam 11 mlm mata tak dapat diselamatkan lagi so apa lagi zzzzzz.......


Hari kedua.............

Masa untuk menunjukkan bakat dalam acara renang macam2 gaya.... Aku jadi peminat je tepi kolam tengok hubby melayan Qis mandi. Lame jugalah acara renang ni tapi maaf tiada pemenang di catat. Ini aku nak kongsi satu rahsia, kat taiping sana ada satu tempat namanya kuala sepetang, so dinasihatkan pergi waktu petang je, bukan ape, kat sane ada jual itu satu mee udang........... yang bestnya udang berlambak2 dalam mangkuk, mee nya adelah dua tiga kerat.........(adilah mesti terliur ni...) rasa mee tu tak delah best, macam makan mee dicelur dengan air panas je..... tak de rasa. Hampeh.... Harapkan udang je, penyelamat keadaan. Datang sikit punya jauh, tapi mee udangnya mengecewakan. Reganya boleh tahan murah sangat, kite boleh request udang pelihara ke udang laut, kalau udang pelihara reganya RM 6, udang laut RM 10.
Selepas makan kami terus balik berehat penat............ Next year insya'allah rumah kami pula jadi tuan rumah tunggu ...................





Sunday, December 6, 2009

Le Tour de Melaka.............

Pembaca yang disayangi....................



Sekali lagi aku ke Melaka, asalnya nak balik ke Kuala Pilah tapi mother in law tak de pulak. So oleh kerana perjalanan sudah bermula, aku n family teruskan juga our journey tapi bukan ke Kuala Pilah, bandar diraja tapi ke Melaka lahabau........hehehe............
Aku pun tak tahu kenapa Melaka dikenali dengan nama lahabau...........My friend told me orang Melaka suka cakap lahabau kau so agaknya sebab itu Melaka terkenal dengan Lahabau. Tapi aku bukan nak cerita tentang lahabau ke apa tapi nak cerita tentang tour aku ke sana. Pemandu pelancong yang bawa aku memang best semua tempat yang menarik dia bawa. Korang nak tahu siapa pemandu apelancong aku..? Jeng-jeng tak lain tak bukan anak buah aku sendiri SHARMIZA YASIN. After berakfast kami keluar rumah menuju ke Tesco (apa lah tesco kat mana-mana ada). Tapi tesco dekat MELAKA SENTRAL ni best, dalam tu ada kedai buku POPULAR, kebetulan time ni ada SALE fuh apalagi maka tempat novellah yang dicari, so koleksi terbaru aku ialah SEMANGAT HUTAN part 1, sesebenarnya part 2 aku dah baca n ada dalam koleksi aku itupun ihsan dari adik ke Ash, saje nak cukupkan korum. Bila baca dari part 1 n 2 barulah best. Cerita penuh dengan Triller. Aku kagum dengan watak utama dalam novel tersebut iaitu Ejim, digambarkan sebagai seorang yang tabah, taat pada Allah, hebat dalam ilmu pertahanan diri dan macam-macam lagi tapi dia dilahirkan dengan wajah yang menakutkan. Hasil dari pembedahan yang dirancang oleh Dr Haslia yang terhutang budi padanya , dia menjadi seorang yang tampan dan meyerupi adik kembarnya yang telah meninggal dunia. Dengan wajah yang baru ramai wanita tertarik dengannya. Part 2 lagi best banyak bermain dengan emosi, jadi kalau nak baca buku ni sediakan tisu banyak-bayak mesti tangkap leleh punya............. continue lain kali ya......
After lunch kita orang teruskan ke Eye On Malaysia, Korang pernah naik nak ke benda alah tu? seronok........... 5x pusing nasib baik slow kalau tak sure termuntah punya. Dia punya tiket bolehlah tahan Dewasa RM 20, Kanak-kanak RM 10, tapi dengan my card diskaun 50% Berbalai-baloi.........
.
Lepas naik eye on malaysia kita orang naik bot kat sg Melaka. Seronok dibawa menyusuri sungai Melaka, melihat rumah tradisional Melaka, deretan-deretan kedai, wah macam berada dibandar venice pula.hehehe............ Kami dibawa menyusuri sg melaka lebih kurang 45 minit, satu kepuasan bagi aku............. Sampai jeti azan berkemumandang...........After solat maghrib kami pulang berehat penat..................zzzzzzzz




Friday, November 20, 2009

MAKAN TIME.............

Sekali-sekala kita perlu juga enjoy dengan kehidupan kite. Kalau berkerja saje tension jugak. Destinasiku seterusnya pergi Melaka bandaraya bersejarah. Pergi Melaka tak delah penat sangat negerinya kecik aje, yang bestnya ada satu tempat tu yang menjadi tumpuan pelancong mana lagi kalau bukan UMBAI. Datang sini aku punya taste mestilah ketam bakar syok makan. Sambal udangnya terangkat fuh best sangat.


DESTINASIKU................

Cuti hari tu bawa anak jalan-jalan aqua ria, seronok. Kalau sempat bawalah anak-anak pergi sana. Pasti enjoy melayan kerenah anak2. Mereka seronok sangat tengok ikan berenang sana-sini. Sebelum ni sekadar dapat tengok dalam Animal Planet je. Kadang-kadang terfikir kesian anak-anak zaman sekarang, kalau kite dulu tak payah cakap terer juga dalam bab-bab menangkap ikan dalam sawah padi. heheheh....... terkenang masa dulu-dulu



Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...