wow ke korea kami |
Akhirnya my dream come true....
Hampir setahun lamanya me n friend merancang percutian ke negara kelahiran Lee Min Ho, akhirnya tiba saat-saat yang di nantikan.... Jelajah korea kami bermula 2 November 2018. (oh hati sabarlah... )
Alhamdulillah Allah memudahkan perancangan kami. Tq Pn Zarina kerana memberi peluang kami pulang lebih awal pada hari Jumaat. Kami semua pulang dengan hati yang penuh bunga-bunga. Oppa here we come....
Jelajah kami bermula dengan vietnam air dari KLIA menuju ke Hanoi. Jelajah kami terhenti seketika di Hanoi. Masing-masing melihat jam oh No apa sudah jadi... sekarang sudah jam 10.30 pm sedangkan kami perlu mengejar flight seterusnya jam 10.45 yang akan membawa kami ke Korea. Masing-masing sudah berdebar ... oh apa yang kami nak buat ..... masing-masing blur....muka masing-masing pasrah.
Tiba-tiba suara macho kapten kapal membuat announcement yang kami mendarat dengan selamatnya di Hanoi airport pada jam 9.45 mlm waktu tempatan.... oooo ghupa-ghupanya Hanoi masa tempatan lewat satu jam dari Malaysia. Alhamdulillah kami selamat.
muka happy |
Kami bergegas turun dari vietnam air untuk berkejar ke flight tansfer sebab masa yang diperuntukkan agak limited. Berlari-lari anak kami (sebenarnya terlalu excited untuk ke korea). Akhir kami dipanggil untuk menaiki flight seterusnya yang akan membawa kami ke KOREA. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit.
Akhirnya tepat jam 5.30 am waktu tempatan kami semua selamat berada di negara Korea. Udara yang segar membelai-belai wajah kami seakan-akan menyambut kedatangan kami dengan tangan yang terbuka (cewaah). Hari ini bermulalah jelajah korea kami...
Bandaraya Seoul |
hehehe .... akhirnya jejeka kaki ke korea |
apa-apapun gambar itu wajib muka ceria |
cik robot yang menyambut kami |
No comments:
Post a Comment