Sunday, March 27, 2011

AIR LIUR BASI NAJIS ATAU TIDAK...


pEmbaca YaNg diRiNdUi.............

Lama tidak berkongsi ilmu dengan anda semua,
ari ni aku nak bercakap tentang sesuatu yang
biasa bagi kita.....kadang2 kita tak tahu...............

Rasenya bila sebut air liur basi sudah terbayang di minda kita gambaran peta2 yang tercatat indah di bantal2 .

sebagaimana yang kita ketahui air liur basi adalah sejenis air yang keluar dari mulut manusia ketika sedang tidur, air liur basi adalah air yang keluar daripada perut manusia, kadang-kadang air tersebut berwarna kuning cair dan ada yang berwarna putih jernih. Air liur basi lazimnya berbau dan berpeta apabila ia sudah kering.

Imam Syafie berpendapat bahawa air liur basi adalah air yang keluar secara langsung dari perut manusia dan air tersebut adalah najis. Bagi sesiapa yang keluar air liur basi hendaklah ia membasuhnya sehingga bersih seperti membersih najis mutawassitah.

Berbeza dengan air liur biasa, kerana air liur biasa bukan datang dari perut manusia dan lazimnya air liur biasa ini berwarna putih. Tidak perlu membasuh air liur tersebut jika ia terkena kepada pakaian. Tidak terbatal wuduk atau solat orang yang mempunyai air liur biasa.

Wallahua'lam......



1 comment:

  1. erm... bagus info ni... dlm diam, hidup rupanya pelangi ni, ingatkan dah lama tido...

    ReplyDelete

Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...