Wednesday, December 2, 2009

CUTI..................


PEMBACA YANG KU SAYANGI..

........
Minggu ni dah masuk minggu ke dua cuti persekolahan. Sekejap je. Kadang-kadang rasa seronok cuti lama-lama, tapi kekadang boring jugak. Tak tahu nak buat ape. Novel yang ada dah berapa kali khatam. Koleksi yang terbaru pun dah banyak kali baca, Ikutkan hati nak aje drive ke MPH kat rawang beli koleksi baru, tapi malas pula, susah betul bila ada penyakit malas ni............ Ini tak boleh jadi, besok aku mesti pegi jugak. Ini dah sampai tahap boring gila......Tengok tv asyik berebut dgn aufa nak tengok ceria. Yalah takkan dengan anak nak menang kut, buat malu je....... Lagipun aufa kalau tak bagi dia tengok ceria, kerjanya asyik menyakat Qis saje lagi haru biru, so untuk ketenangan aku rela menghadap ceria. What to do.............. Korang tahu dalam kelas inilah perkataan yang selalu aku cakap pada pelajar aku, dia orang dah tahu perkataan tu mesti keluar dari mulut aku setiap kali masuk kelas mereka, what to do hehehe................... Mereka macam tak percaya aku boleh cakap orang putih sekali sekala. Dunia, dunia, dunia................. Awat ingat ustazah tahu baca Kitab je ke..............Teringat pula aku, pelajar aku dari kelas mawar time raya kedua dia jemput ke rumahnya kat kay be, ingat juga pada ustazahnya. Kakaknya kahwin. Dalam banyak-banyak kelas yang aku ajar sebenarnya kelas mawarlah yang aku paling mencabar aku. Korang nak tahu kelas ni sebenarnya terkumpul pelajar2 yang tak tahu membaca, tak gheti hormatkan guru dan macam-macam lagilah, tapi sejujurnya aku suka ngajar kelas ni sebab dalam ramai-ramai tu ada yang betul-betul nak belajar cuma mereka lemah aje. walauapapun aku tahu pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk pelajar2 ku ini. Doaku semoga mereka mendapat kejayaan dalam kehidupan mereka. Amin. Result PMR makin dekat risau pulak manalah tahu PI jatuh tahun ni, Ya Allah aku dah cuba yang terbaik untuk membantu pelajarku. Semoga kejayaan menjadi milik mereka Insya'allah.

2 comments:

  1. Erm... insyaallah, kalau kita ada kejujuran dalam melaksanakan tanggunjawab kita, pasti hikmah dan barakah Allah turut bersama kita... semoga murid ustazah semua makin baik dan berjaya...

    ReplyDelete
  2. Time kasih atas ucapan itu. Seronok membacanya. hehehe..............

    ReplyDelete

Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...