Thursday, December 3, 2009

KELEBIHAN HARI JUMAAT............

Pembaca yang di sayangi...............



Bila bercakap tentang hari Jumaat selalunya bagi orang pantai Timur seronok kerana pada hari tersebut mereka boleh berehat dan tidak perlu terkejar-kejar untuk ke Masjid. Ini berbeza dengan Pantai Barat hari Jumaat seakan tidak memberi makna dalam kehidupan mereka, yang pasti pada hari tersebut mereka sibuk berkerja sehinggakan terkejar-kejar untuk melakukan solat Jumaat.. Betapa bertuahnya orang Pantai Timur. Tapi aku sebenarnya bukan nak bercerita tentang bertuah atau sebaliknya, yang aku nak share ialah kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Jumaat. Terdapat beberapa riwayat hadis tentang kelebihan hari Jumaat bahkan di dalam Al-Quran sendiri yang memuatkan surah Al-Jumu’ah, yang telah menjelaskan kelebihan hari Jumaat. Syekh Mutawalli Sya’rawi di dalam bukunya, Anta Tas’al wa Al-Islamu Yujibu, menuliskan tentang lima kebaikan hari Jumaat. Menurutnya ketika Rasul ditanya tentang kebaikan hari Jumaat, Rasul menjawab, ada lima kebaikan

.

"Pertama, pada hari Jumaat Nabi Adam diciptakan oleh Allah. Yang kedua, Nabi Adam diturunkan ke bumi. Ketiga, Jumaat adalah hari wafatnya Nabi Adam. Keempat, pada Jumaat doa hamba Allah dimakbulkan selagi doa tidak ke arah dosa atau memutuskan ikatan kekeluargaan. Kelima, pada hari itu juga akan datang hari kiamat.” Para Malaikat, langit, bumi, gunung, batu, semuanya menyayangi hari Jumat. (HR. Ahmad).

Wallahua'lam

1 comment:

Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...