Pembaca yang disayangi....................
Sekali lagi aku ke Melaka, asalnya nak balik ke Kuala Pilah tapi mother in law tak de pulak. So oleh kerana perjalanan sudah bermula, aku n family teruskan juga our journey tapi bukan ke Kuala Pilah, bandar diraja tapi ke Melaka lahabau........hehehe............
Aku pun tak tahu kenapa Melaka dikenali dengan nama lahabau...........My friend told me orang Melaka suka cakap lahabau kau so agaknya sebab itu Melaka terkenal dengan Lahabau. Tapi aku bukan nak cerita tentang lahabau ke apa tapi nak cerita tentang tour aku ke sana. Pemandu pelancong yang bawa aku memang best semua tempat yang menarik dia bawa. Korang nak tahu siapa pemandu apelancong aku..? Jeng-jeng tak lain tak bukan anak buah aku sendiri SHARMIZA YASIN. After berakfast kami keluar rumah menuju ke Tesco (apa lah tesco kat mana-mana ada). Tapi tesco dekat MELAKA SENTRAL ni best, dalam tu ada kedai buku POPULAR, kebetulan time ni ada SALE fuh apalagi maka tempat novellah yang dicari, so koleksi terbaru aku ialah SEMANGAT HUTAN part 1, sesebenarnya part 2 aku dah baca n ada dalam koleksi aku itupun ihsan dari adik ke Ash, saje nak cukupkan korum. Bila baca dari part 1 n 2 barulah best. Cerita penuh dengan Triller. Aku kagum dengan watak utama dalam novel tersebut iaitu Ejim, digambarkan sebagai seorang yang tabah, taat pada Allah, hebat dalam ilmu pertahanan diri dan macam-macam lagi tapi dia dilahirkan dengan wajah yang menakutkan. Hasil dari pembedahan yang dirancang oleh Dr Haslia yang terhutang budi padanya , dia menjadi seorang yang tampan dan meyerupi adik kembarnya yang telah meninggal dunia. Dengan wajah yang baru ramai wanita tertarik dengannya. Part 2 lagi best banyak bermain dengan emosi, jadi kalau nak baca buku ni sediakan tisu banyak-bayak mesti tangkap leleh punya............. continue lain kali ya......
After lunch kita orang teruskan ke Eye On Malaysia, Korang pernah naik nak ke benda alah tu? seronok........... 5x pusing nasib baik slow kalau tak sure termuntah punya. Dia punya tiket bolehlah tahan Dewasa RM 20, Kanak-kanak RM 10, tapi dengan my card diskaun 50% Berbalai-baloi.........
.
Lepas naik eye on malaysia kita orang naik bot kat sg Melaka. Seronok dibawa menyusuri sungai Melaka, melihat rumah tradisional Melaka, deretan-deretan kedai, wah macam berada dibandar venice pula.hehehe............ Kami dibawa menyusuri sg melaka lebih kurang 45 minit, satu kepuasan bagi aku............. Sampai jeti azan berkemumandang...........After solat maghrib kami pulang berehat penat..................zzzzzzzz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masih lagi KOREA....
Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula. Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...
-
PoToNg Kuku CaRa IsLam..(Sunnah) Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat. ...
-
Pembaca yang dirindui............... Pernah pergi Kelantan ? Kalau dulu macam-macam citer tentang kelantan....gangsterlah, kemiskinanlah dan...
-
pEmbaca YaNg diRiNdUi............. Lama tidak berkongsi ilmu dengan anda semua, ari ni aku nak bercakap tentang sesuatu yang biasa bagi kita...
Erm... teringin nak menyusuri Sg. Melaka tu... nak gi Venice tak mapu... Melaka pun jadilah...
ReplyDelete