Thursday, November 15, 2018

KOREA aku datang....


hehehe muka excited......

Alhamdulillah touch down KOREA dengan selamat.  Perasaan waktu tu memang happy sangat-sangat.  Tak percaya akhirnya berjaya sampai ke negara kelahiran Lee Min Ho.  Sis belanja sekeping gambar excited...
Muka semua ceria sebab hampir setahun kami merancang perjalanan ini.  Akhirnya impian kami di permudahkan oleh Allah.  Sesampainya kami di sini kami bergegas untuk mengambil beg masing-masing.  Kebetulan waktu tempatan sudah masuk waktu subuh jadi kami solatlah di tempat yang agak terlindung.  Alhamdulillah selesai tanggungjawab kami tanpa halangan.

Selepas masing-masing mengambil beg kami menuju ke ruangan ketibaan untuk bertemu dengan tourist guide yang akan membawa kami menerokai KOREA.  

Jam 7.30 am waktu tempatan tourist guide kami sampai oh nasib baik perempuan dan Islam.  yang paling penting orang Malaysia.  Kami dibawa ke hotel yang terletak di gangnam.  Sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pemandangan yang cantik.  Inilah autumn yang ku cari... Oh I'm in love... Sis belanja gambar sekeping ya...



Mata walaupun mengantuk terasa sayang untuk pejamkan.  Terlalu asyik melayan scenery yang memang tak pernah termimpi untk melihatnya. Cantiknya.... Perjalanan dari Incheon ke hotel mengambil masa lebih kurang 1 jam.



Sesampai di hotel kami diberi kemudahan untuk meletakkan beg kami di ruangan yang disediakan.  Kami diberi masa 1 jam untuk me time.  Selepas selesai kami meneruskan perjalan kami menaiki SUBWAY ke Insadong. Bermulalah penerokaan kami di negara kelahiran Kpop...


No comments:

Post a Comment

Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...