Thursday, November 15, 2018

KOREA aku datang....


hehehe muka excited......

Alhamdulillah touch down KOREA dengan selamat.  Perasaan waktu tu memang happy sangat-sangat.  Tak percaya akhirnya berjaya sampai ke negara kelahiran Lee Min Ho.  Sis belanja sekeping gambar excited...
Muka semua ceria sebab hampir setahun kami merancang perjalanan ini.  Akhirnya impian kami di permudahkan oleh Allah.  Sesampainya kami di sini kami bergegas untuk mengambil beg masing-masing.  Kebetulan waktu tempatan sudah masuk waktu subuh jadi kami solatlah di tempat yang agak terlindung.  Alhamdulillah selesai tanggungjawab kami tanpa halangan.

Selepas masing-masing mengambil beg kami menuju ke ruangan ketibaan untuk bertemu dengan tourist guide yang akan membawa kami menerokai KOREA.  

Jam 7.30 am waktu tempatan tourist guide kami sampai oh nasib baik perempuan dan Islam.  yang paling penting orang Malaysia.  Kami dibawa ke hotel yang terletak di gangnam.  Sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pemandangan yang cantik.  Inilah autumn yang ku cari... Oh I'm in love... Sis belanja gambar sekeping ya...



Mata walaupun mengantuk terasa sayang untuk pejamkan.  Terlalu asyik melayan scenery yang memang tak pernah termimpi untk melihatnya. Cantiknya.... Perjalanan dari Incheon ke hotel mengambil masa lebih kurang 1 jam.



Sesampai di hotel kami diberi kemudahan untuk meletakkan beg kami di ruangan yang disediakan.  Kami diberi masa 1 jam untuk me time.  Selepas selesai kami meneruskan perjalan kami menaiki SUBWAY ke Insadong. Bermulalah penerokaan kami di negara kelahiran Kpop...


Thursday, November 8, 2018

Korea....



wow ke korea kami



Akhirnya my dream come true....

Hampir setahun lamanya me n friend merancang percutian ke negara kelahiran Lee Min Ho, akhirnya tiba saat-saat yang di nantikan.... Jelajah korea kami bermula  2 November 2018. (oh hati sabarlah... )

Alhamdulillah Allah memudahkan perancangan kami.  Tq Pn Zarina kerana memberi peluang kami pulang lebih awal pada hari Jumaat.  Kami semua pulang dengan hati yang penuh bunga-bunga.  Oppa here we come....

Jelajah kami bermula dengan vietnam air dari KLIA menuju ke Hanoi.  Jelajah kami terhenti seketika di Hanoi.  Masing-masing melihat jam oh No apa sudah jadi... sekarang sudah jam 10.30 pm sedangkan kami perlu mengejar flight seterusnya jam 10.45 yang akan membawa kami ke Korea.  Masing-masing sudah berdebar ... oh apa yang kami nak buat ..... masing-masing blur....muka masing-masing pasrah.

Tiba-tiba suara macho kapten kapal membuat announcement yang kami mendarat dengan selamatnya di Hanoi airport pada jam 9.45 mlm waktu tempatan.... oooo ghupa-ghupanya Hanoi masa tempatan lewat satu jam dari Malaysia. Alhamdulillah kami selamat.

muka happy

Kami bergegas turun dari vietnam air untuk berkejar ke flight tansfer sebab masa yang diperuntukkan agak limited.  Berlari-lari anak kami (sebenarnya terlalu excited untuk ke korea).  Akhir kami dipanggil untuk menaiki flight seterusnya yang akan membawa kami ke KOREA.  Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit.

Akhirnya tepat jam 5.30 am waktu tempatan kami semua selamat berada di negara Korea.  Udara yang segar membelai-belai wajah kami seakan-akan menyambut kedatangan kami dengan tangan yang terbuka (cewaah).  Hari ini bermulalah jelajah korea kami...

Bandaraya Seoul
hehehe .... akhirnya jejeka kaki ke korea
apa-apapun gambar itu wajib muka ceria 
cik robot yang menyambut kami









Lama tak jenguk cik pelangi.....

Next week cuti sklh bermula.................. going somewhere ?  Rasa cuti sekolah ni ke UPSI lah kita....
satu minggu program penuh di UPSI...Semoga Smart Pasca yang dianjurkan oleh IPS dapat membantu aku dalam penulisan yang dah stuck ....

Pembaca yang dirindui.........

Lamanya tidak menjenguk sipelangi....nak kata sibuk tak de le sangat....tapi bolehlah tahan ditambah pula dengan ketiadaan idea dan cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.  

Hobiku masih lagi mengumpul dan membaca novel tapi akhir-akhir ini agak tidak mempunyai ruang masa yang sesuai untuk memanjakan diri dengan membaca novel...masa seakan-akan cemburu denganku....

Sedar tak sedar rupanya persekolahan tahun 2014 ini menghampiri penghujungnya. Terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan....alhamdulillah segala jenis resit sudah siap dihantar kepada yang bertanggungjawab.  Cuma tinggal buku biassiswa je yang belum diserahkan.  

Agak-agak apa lagi tugasan akhir yang belum selesai.......

Sunday, February 18, 2018

Lost World Of Tambun here we go....






Pembaca yang dirindui....

Kali ini me n family merancang percutian ke Perak.... Lama tak bawa anak-anak jalan-jalan.  Kali ini destinasi kami ke Lost World Of Tambun... Memang diluar jangkaan... sangat hapening.. semua enjoy...

Ingatkan LWOT ini sekadar wetland... rupa-rupanya banyak yang boleh kita enjoy kat sana... bagi pengemar kucing memang syok... cik bulusnya comel2 je... ada mini zoo....ada pertunjukkan rimau siberian... ada cik badak...macam2 adalah

Dari segi makan pula biasalah tempat macam ni... tapi banyak pilihan... so terpulang kepada selera masing-masing...

Dari pagi sampai le ke petang me n family berada kat sana.  Sampai ke temu lagi.  Tempat yang sesuai untuk percutian family....

Tuesday, February 13, 2018



Akhirnya perjalanan sepi bermula hari ini... Berbekalkan semangat yang ada perjalanan baru yang tidak diketahui garisan penamatnya perlu dilalui dengan penuh ketabahan.

Ya Allah permudahkanlah perjalananku ini demi untuk sebuah cita-cita....






Monday, February 12, 2018

Unplanned trip....

Melaka kami datang...

lamanya tak share cuti-cuti Malaysia......Bayou Lagoon Park Resort...lagi seronok apabila penginapan dan makan ditaja.... hehehe Alhamdulillah terima kasih pada BIL Bang Chik &  wife Tinie Deanz coz taja penginapan kami satu family dan makan-makan di umbai.  Jom Share gambar yang tak berapa ada .....


anak buah yang kesejukkan... mak buah sibuk bergambar

Peace Yo....


Aktiviti bersama pelajar -Tarsia

Salam satu Malaysia buat yang sudi singgah dipelangi purple....

Mencuba sesuatu yang baru merupakan sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi melibatkan bidang yang menjadi minat kita.  Hari ini mencuba aktiviti TARSIA bersama-sama anak-anak didik di SMK Tmn Bunga Raya 1.  Memang jenuhlah nak memikirkan soalan-soalan yang sesuai untuk memastikan pelajar boleh menjawabnya dengan baik dengan masa yang diperuntukan.  Untuk menyahut saranan KPM PAK 21 dalam pdpc so memerah otaklah si guru untuk menyiapkan puzzle ni.  Semoga usaha yang kecil ini pelajar belajar menghargai masa untuk mencari ilmu sebaik mungkin... 



Pelajar tekun mencari jawapan 

pelajar gembira mencuba sesuatu yang baru
walaupun adakala soalan agak sukar tetapi mereka
 mencubanya hingga berjaya

Wednesday, February 7, 2018

PERJALANAN SEPI HAMPIR BERMULA


Hidup ini memerlukan kekuatan untuk terus menggapai sebuah impaian.  Terkadang terasa seolah-olah berada dalam fantasi apabila menerima keputusan dari IPS.  Permulaan yang penuh dengan tanda tanya...........suspen...tetapi sekali melangkah jejak itu akan diteruskan hingga ke akhirnya.  

Tunggu entry yang seterusnya....

Monday, January 15, 2018

Rindunya untuk menulis...

Pembaca yang dirindui......

Sudah lama tidak menjengah sipelangipurple ini.... mungkin sibuk.... mungkin kekeringan idea.... mungkin tak tahu apa yang ingin di share...


Zoo Melaka
Akhirnya ke Zoo Melaka kita untuk menikmati cuti-cuti Malaysia kali ini.  Kadang2 kita perlu untuk memperkenalkan anak-anak dengan alam semulajadi yang dipenuhi dengan floral dan fauna.

Rasa Bahagia menjengah apabila anak-anak seronok melihat gambar.

Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...