Tuesday, January 8, 2019

Masih lagi KOREA....

Hi semua........

agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah semasa di korea.  So hari ini agak free.... jom kita nikmati percutian yang penuh dengan moment yang memang tak mampu untuk di lupakan..... KOREA oh KOREA... apa-apapun sis belanja sekeping gambar dulu....

                                                     
       Dari Incheon airport kami dibawa ke hotel untuk menyimpan beg-beg kami semua. Olso Hotel itulah tempat penginapan kami selama berada di Korea.  Dari hotel kami terus bergerak ke destinasi kami yang pertama Insadong.  Di sini sebenarnya kami akan lunch dengan menu korea yang pertama.  Rasa excited almaklumlah dah lama teringin makan makan korea... akhirnya berada di depan mata....

                                                                                               








Alhamdulillah makan yang dihidang menepati citarasa kami.  Sambil melayan kimchi hati masih berbunga-bunga kerana udah sampai ke negara Kdrama.  Hehehe... hebat betul penangan Kdrama sampaikan kami memasang angan-angan untuk sampai ke Korea.... Terasa happy sesangat....

jom jumpa next entry... banyak lagi view-view yang cantik untuk dikongsikan....



Thursday, November 15, 2018

KOREA aku datang....


hehehe muka excited......

Alhamdulillah touch down KOREA dengan selamat.  Perasaan waktu tu memang happy sangat-sangat.  Tak percaya akhirnya berjaya sampai ke negara kelahiran Lee Min Ho.  Sis belanja sekeping gambar excited...
Muka semua ceria sebab hampir setahun kami merancang perjalanan ini.  Akhirnya impian kami di permudahkan oleh Allah.  Sesampainya kami di sini kami bergegas untuk mengambil beg masing-masing.  Kebetulan waktu tempatan sudah masuk waktu subuh jadi kami solatlah di tempat yang agak terlindung.  Alhamdulillah selesai tanggungjawab kami tanpa halangan.

Selepas masing-masing mengambil beg kami menuju ke ruangan ketibaan untuk bertemu dengan tourist guide yang akan membawa kami menerokai KOREA.  

Jam 7.30 am waktu tempatan tourist guide kami sampai oh nasib baik perempuan dan Islam.  yang paling penting orang Malaysia.  Kami dibawa ke hotel yang terletak di gangnam.  Sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pemandangan yang cantik.  Inilah autumn yang ku cari... Oh I'm in love... Sis belanja gambar sekeping ya...



Mata walaupun mengantuk terasa sayang untuk pejamkan.  Terlalu asyik melayan scenery yang memang tak pernah termimpi untk melihatnya. Cantiknya.... Perjalanan dari Incheon ke hotel mengambil masa lebih kurang 1 jam.



Sesampai di hotel kami diberi kemudahan untuk meletakkan beg kami di ruangan yang disediakan.  Kami diberi masa 1 jam untuk me time.  Selepas selesai kami meneruskan perjalan kami menaiki SUBWAY ke Insadong. Bermulalah penerokaan kami di negara kelahiran Kpop...


Thursday, November 8, 2018

Korea....



wow ke korea kami



Akhirnya my dream come true....

Hampir setahun lamanya me n friend merancang percutian ke negara kelahiran Lee Min Ho, akhirnya tiba saat-saat yang di nantikan.... Jelajah korea kami bermula  2 November 2018. (oh hati sabarlah... )

Alhamdulillah Allah memudahkan perancangan kami.  Tq Pn Zarina kerana memberi peluang kami pulang lebih awal pada hari Jumaat.  Kami semua pulang dengan hati yang penuh bunga-bunga.  Oppa here we come....

Jelajah kami bermula dengan vietnam air dari KLIA menuju ke Hanoi.  Jelajah kami terhenti seketika di Hanoi.  Masing-masing melihat jam oh No apa sudah jadi... sekarang sudah jam 10.30 pm sedangkan kami perlu mengejar flight seterusnya jam 10.45 yang akan membawa kami ke Korea.  Masing-masing sudah berdebar ... oh apa yang kami nak buat ..... masing-masing blur....muka masing-masing pasrah.

Tiba-tiba suara macho kapten kapal membuat announcement yang kami mendarat dengan selamatnya di Hanoi airport pada jam 9.45 mlm waktu tempatan.... oooo ghupa-ghupanya Hanoi masa tempatan lewat satu jam dari Malaysia. Alhamdulillah kami selamat.

muka happy

Kami bergegas turun dari vietnam air untuk berkejar ke flight tansfer sebab masa yang diperuntukkan agak limited.  Berlari-lari anak kami (sebenarnya terlalu excited untuk ke korea).  Akhir kami dipanggil untuk menaiki flight seterusnya yang akan membawa kami ke KOREA.  Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit.

Akhirnya tepat jam 5.30 am waktu tempatan kami semua selamat berada di negara Korea.  Udara yang segar membelai-belai wajah kami seakan-akan menyambut kedatangan kami dengan tangan yang terbuka (cewaah).  Hari ini bermulalah jelajah korea kami...

Bandaraya Seoul
hehehe .... akhirnya jejeka kaki ke korea
apa-apapun gambar itu wajib muka ceria 
cik robot yang menyambut kami









Lama tak jenguk cik pelangi.....

Next week cuti sklh bermula.................. going somewhere ?  Rasa cuti sekolah ni ke UPSI lah kita....
satu minggu program penuh di UPSI...Semoga Smart Pasca yang dianjurkan oleh IPS dapat membantu aku dalam penulisan yang dah stuck ....

Pembaca yang dirindui.........

Lamanya tidak menjenguk sipelangi....nak kata sibuk tak de le sangat....tapi bolehlah tahan ditambah pula dengan ketiadaan idea dan cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.  

Hobiku masih lagi mengumpul dan membaca novel tapi akhir-akhir ini agak tidak mempunyai ruang masa yang sesuai untuk memanjakan diri dengan membaca novel...masa seakan-akan cemburu denganku....

Sedar tak sedar rupanya persekolahan tahun 2014 ini menghampiri penghujungnya. Terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan....alhamdulillah segala jenis resit sudah siap dihantar kepada yang bertanggungjawab.  Cuma tinggal buku biassiswa je yang belum diserahkan.  

Agak-agak apa lagi tugasan akhir yang belum selesai.......

Sunday, February 18, 2018

Lost World Of Tambun here we go....






Pembaca yang dirindui....

Kali ini me n family merancang percutian ke Perak.... Lama tak bawa anak-anak jalan-jalan.  Kali ini destinasi kami ke Lost World Of Tambun... Memang diluar jangkaan... sangat hapening.. semua enjoy...

Ingatkan LWOT ini sekadar wetland... rupa-rupanya banyak yang boleh kita enjoy kat sana... bagi pengemar kucing memang syok... cik bulusnya comel2 je... ada mini zoo....ada pertunjukkan rimau siberian... ada cik badak...macam2 adalah

Dari segi makan pula biasalah tempat macam ni... tapi banyak pilihan... so terpulang kepada selera masing-masing...

Dari pagi sampai le ke petang me n family berada kat sana.  Sampai ke temu lagi.  Tempat yang sesuai untuk percutian family....

Tuesday, February 13, 2018



Akhirnya perjalanan sepi bermula hari ini... Berbekalkan semangat yang ada perjalanan baru yang tidak diketahui garisan penamatnya perlu dilalui dengan penuh ketabahan.

Ya Allah permudahkanlah perjalananku ini demi untuk sebuah cita-cita....






Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...