Sunday, February 18, 2018

Lost World Of Tambun here we go....






Pembaca yang dirindui....

Kali ini me n family merancang percutian ke Perak.... Lama tak bawa anak-anak jalan-jalan.  Kali ini destinasi kami ke Lost World Of Tambun... Memang diluar jangkaan... sangat hapening.. semua enjoy...

Ingatkan LWOT ini sekadar wetland... rupa-rupanya banyak yang boleh kita enjoy kat sana... bagi pengemar kucing memang syok... cik bulusnya comel2 je... ada mini zoo....ada pertunjukkan rimau siberian... ada cik badak...macam2 adalah

Dari segi makan pula biasalah tempat macam ni... tapi banyak pilihan... so terpulang kepada selera masing-masing...

Dari pagi sampai le ke petang me n family berada kat sana.  Sampai ke temu lagi.  Tempat yang sesuai untuk percutian family....

Tuesday, February 13, 2018



Akhirnya perjalanan sepi bermula hari ini... Berbekalkan semangat yang ada perjalanan baru yang tidak diketahui garisan penamatnya perlu dilalui dengan penuh ketabahan.

Ya Allah permudahkanlah perjalananku ini demi untuk sebuah cita-cita....






Monday, February 12, 2018

Unplanned trip....

Melaka kami datang...

lamanya tak share cuti-cuti Malaysia......Bayou Lagoon Park Resort...lagi seronok apabila penginapan dan makan ditaja.... hehehe Alhamdulillah terima kasih pada BIL Bang Chik &  wife Tinie Deanz coz taja penginapan kami satu family dan makan-makan di umbai.  Jom Share gambar yang tak berapa ada .....


anak buah yang kesejukkan... mak buah sibuk bergambar

Peace Yo....


Aktiviti bersama pelajar -Tarsia

Salam satu Malaysia buat yang sudi singgah dipelangi purple....

Mencuba sesuatu yang baru merupakan sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi melibatkan bidang yang menjadi minat kita.  Hari ini mencuba aktiviti TARSIA bersama-sama anak-anak didik di SMK Tmn Bunga Raya 1.  Memang jenuhlah nak memikirkan soalan-soalan yang sesuai untuk memastikan pelajar boleh menjawabnya dengan baik dengan masa yang diperuntukan.  Untuk menyahut saranan KPM PAK 21 dalam pdpc so memerah otaklah si guru untuk menyiapkan puzzle ni.  Semoga usaha yang kecil ini pelajar belajar menghargai masa untuk mencari ilmu sebaik mungkin... 



Pelajar tekun mencari jawapan 

pelajar gembira mencuba sesuatu yang baru
walaupun adakala soalan agak sukar tetapi mereka
 mencubanya hingga berjaya

Wednesday, February 7, 2018

PERJALANAN SEPI HAMPIR BERMULA


Hidup ini memerlukan kekuatan untuk terus menggapai sebuah impaian.  Terkadang terasa seolah-olah berada dalam fantasi apabila menerima keputusan dari IPS.  Permulaan yang penuh dengan tanda tanya...........suspen...tetapi sekali melangkah jejak itu akan diteruskan hingga ke akhirnya.  

Tunggu entry yang seterusnya....

Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...