Sunday, August 8, 2010

Akhirnya......






Lama tak log in rindulah.....

Pembaca yang dirindui.....
akhirnya saat yang ku tunggu-tunggu menjelma. Berbekalkan muka yang tak malu akupun mengisi borang cuti untuk aku melepaskan hajatku yang sudah lama ku pendam. Cuti sudah approve tunggu hari je....

Jeng-jeng eclipe kau tunggulah kehadiranku ini...........
Rasenye dah lama tak buat kerja gila, kali ini aku tak kira aku buat juga janji lepas ni aku boleh lena dengan baik.....

Dua jam lebih aku bertapa dalam TGV naik beku aku dibuatnye sejukkkkkk, tapi tidak sekali-kali aku melepaskan pandangan dari skrin takut muka edward hilang...heheheheheh walaupun aku dah tahu endingnya, tapi aku tak peduli asalkan aku dapat tengok edward..... Citernye ok tapi aku yang tak ok tak puaslah tengok sekali...nak tengok lagi tapi bile............hubby tak suka citer ni......tension....

Sunday, May 9, 2010

I can't wait......




Pembaca yang dirindui.......


Eclipse....


Agak2 you all tahu tak ape yang aku nak share hari ini ? Tak lain tak bukan ape lagi kalau bukan pasal muvee eclipse. Sekarang dah bulan Mei maknanya lagi sebulan lebih muvee eclipse akan di tayangkan. Rasenya tak sabar untuk aku menunggu tarikh tersebut. Boleh dikatakan sukenya aku pada siri Twillight berada ditahap gaban, kroniklah juga adik beradik ICU. Ikut plan 30 Jun di tayangkan di US, kalau kat Malaysia tak tahulah bulan ape argh......tension. Akupun tak tahu kenapa aku suke sangat dengan siri Twillight. Edward sudah tentulah hensem giler, bella cun habis, tapi rasenya bukan sebab tu kut, yang pasti aku sendiripun tak tahu ape sebabnya....oh tidak....tension........


Walauapapun reasonnya yang pasti aku dah bace novelnya. Dalam siri ketiga ni aku rase best sikit nak dicompare dengan New Moon. Dalam New Moon kisah bella dengan Jacob. Watak Edward sikit sangat. Dalam eclipse mereka kembali bersame, tak sabar nak tengok muvee tersebut. Tapi kadang2 kesian gak dengan Jacob sebab diapun suke pade bella, tapi cinta pertama tentulah lebih bermakna betul tak? hehehehe..........






Saturday, April 24, 2010

Mini Gathering 2010 Belanga, Mid Valley


Pembaca yang disayangi.....

Lama rasenya tidak menulis dalam blog ini. Nak kate sibuk tak delah sangat, tapi adelah sikit2. Baru-baru aku berpeluang berjumpa dengan kawan2 dari sekolah lama, Cuma yang sezaman dengan aku tak delah, yang ade just satu sekolah je. Seronok juga rasenya jumpa kawan2 satu sekolah. Kadang-kadang rindu juga pada kawan2 lame, tapi kebanyakkan mereka menyepikan diri. Perjumpaan hari tu pada hari Sabtu di Mid Valley awal April ari tu. Kirenya happening jugaklah daripada tidak langsung.





Thursday, January 14, 2010

I'M BACK...................




Pembaca yang disayangi.............

Lama sudah aku menghilangkan diri, bukannya membawa diri, tapi sibuk menjalankan misi rahsia sebagai penjawat awam yang terlebih komited. Hari ini berakhir sudah misi aku, alhamdulillah aku berjaya menyempurnakannya dengan jayanya. Lega rasanya. Tanggungjawab mesti didahulukan. Persekolahan sudah memasuki minggu kedua. Aku belum lagi berkongi kegembiraan aku dengan korang, nak tahu ape dia?.... Tak lain tak bukan berkaitan dengan result PMR ari tu. Lega rasanya ramai pelajar dapat A untuk Pend. Islam lebih2 lagi kelas yang aku mengajar. Secara asasnya peratus untuk Pend. Islam meningkat. Satu kepuasan bagi aku............ Aku berjaya membuktikan yang AKU adalah AKU, tiada yang dapat menafikan kewujudan aku hehehe.......

Tahun ini aku jadi form teacher untuk kelas yang terkebelakang. Terimalah seadanya....jangan merungut. So far semuanya berjalan lancar. Kebanyakkan kelas yang aku ajar boleh tahan. Aku rasa yang pentingnya keikhlasan untuk mendidikan mereka dan kesungguhan. Insya'allah semangat aku masih utuh............



Masih lagi KOREA....

Hi semua........ agak kesibukan dengan aktiviti persekolahan yang baru bermula.  Tertunda segala aktiviti untuk berkongsi moment indah sem...